Penyatuan Shuib & Watie Hanifiah Mendapat Tajaan Hampir RM2 Juta
Ikut Jejak Ibu, Puteri Heidi Klum Hiasi Cover Vogue Buat Kali Pertama
Kontroversi Wajah Berbalut, The Weeknd Akhirnya Buka Mulut
Strangest Experienced At Good Vibes Festival
Crossover kompak Mercedes-Benz GLA 2021 Kini Dalam Versi CKD – Dari RM242,888

Resorts World Sentosa, Destinasi Percutian Paling Bermakna

Anda impikan pengalaman percutian yang mewah dan tidak boleh dilupakan? Resorts World Sentosa, Singapura, memiliki segalanya yang anda inginkan. Sama ada anda inginkan pemandangan yang indah, taman tema yang menyeronokkan atau ingin mendekati hidupan laut, di sini ada segalanya!

Resorts World Sentosa, destinasi mewah yang bertempat di pulau Sentosa, Singapura ini berkeluasan 49 hektar mampu menjanjikan percutian paling bermakna buat anda dan keluarga. Pelbagai tawaran seperti taman tema, hotel mewah dan juga restoran hebat bertaraf dunia ditempatkan di satu lokasi yang sama. Ayuh, GLAM bawa anda menerokai keunikan terkini yang terdapat di Resorts World Sentosa sepanjang bulan ini. 

Mesti Kunjung: Ini 4 Destinasi Anda Harus Kunjung di Resorts World Sentosa

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

#3 Bawa si Kecil Nikmati Aktiviti Junior Ocean Detective di S.E.A. Aquarium

Buat anda yang hadir bersama si kecil berumur 7 hingga 12 tahun, jangan lepaskan peluang untuk bawa mereka menikmati program menarik ini sepanjang hujung minggu bermula 25 Mac hingga 21 Mei 2023. Di program Junior Ocean Detective ini, mereka akan dilatih dan dipupuk untuk menjadi detektif junior yang berjaya melalui misi yang telah disediakan. Mereka akan disuruh untuk menyelesaikan misteri yang berlaku di lautan. Anak-anak kecil berpeluang menggunakan alatan detektif istimewa dan dalam pada masa yang sama berpeluang untuk bertemu aquarist bertugas dan belajar lebih lanjut tentang hidupan marina ini.

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse