Kayuputi The St. Regis Langkawi Tutup Tahun 2025 dengan Malam Gastronomi Bertaraf Michelin
Tan Sri Michelle Yeoh Mengukir Sejarah Di Hollywood Walk Of Fame
Simu Liu Tayang Teman Wanita Di Karpet Merah Anugerah ESPY
Syarat Rebel Wilson Jika Perlu Menaikkan Kembali Berat Badan Demi Watak Filem
GLAM Deko Diari – Pilihan Manisan Ramadan

The New Samsung Galaxy S20 Is Here!

The new future is finally here! Samsung kini kembali memperkenalkan bintang terbarunya iaitu siri Galaxy S20. Sewaktu Samsung Galaxy Unpacked 2020, Galaxy S20, Galaxy S20+ dan juga Galaxy S20 Ultra diperkenalkan buat pertama kali untuk tatapan umum. Kali ini Samsung Galaxy S20 memperkenalkan seni bina kamera baru yang menggabungkan AI dengan sensor imej terbesar Samsung untuk menghasilkan kualiti imej yang menakjubkan. Galaxy S20 menjadikan pengalaman penggunaan telefon pintar lebih mudah dan menarik dengan inovasi terkini rekaan jenama tersebut.

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse
Super Fast Charging  Siri Galaxy S20 dilindungi oleh Knox, keselamatan mudah alih yang terkemuka di industri yang melindungi peranti dari tahap cip hingga ke tahap perisian. Ia juga mempunyai pemproses baru yang selamat dan melindungi peranti mudah alih daripada serangan berasaskan perkakasan. Dikuasakan oleh bateri yang besar, pintar, siri Galaxy S20 ini dilengkapi dengan pengecasan Super Fast 25W, manakala S20 Ultra menyokong pengecasan Super Fast 45W. Keseluruhan siri ini dilengkapi dengan storan besar sebagai standard (128 GB untuk S20; 128GB, 256GB dan 512GB untuk Galaxy S20 + dan S20 Ultra).   Bermula pada 6 Mac 2020, siri Galaxy S20 akan tersedia dalam pelbagai warna klasik. Galaxy S20Cosmic Grey, Cloud Blue dan Cloud Pink. Galaxy S20 +: Cosmic Grey, Cloud Blue dan Cosmic Black. Galaxy S20 Ultra: Cosmic Grey dan Cosmic Black.
3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse