Puteri Mako: Kerabat Jepun Yang Melepaskan Status Diraja Demi Cinta
Elektrifikasi Volvo C40 Recharge Pure Electric Kini Bermula
Golden Bull ‘Mengganas’ Di Pavilion KL
Samsung Galaxy Z Flip7: Telefon Pocketable Paling Chic!
Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Peranti Terkini, Samsung Galaxy Tab S9
Home > Gaya Hidup > Tiga Puteri Mahkota Yang Bakal Menerajui Tahkta

Tiga Puteri Mahkota Yang Bakal Menerajui Tahkta

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse
Bukan semua istana di dunia ini bakal menerima putera sebagai Raja mereka kerana ada juga yang berfikiran moden dan menukar akta pewaris. Lalu memberi ruang kepada anak sulung yang sah baik putera atau puteri sebagai pewaris seterusnya. Ini adalah tiga puteri mahkota yang bakal naik takhta menjadi pemerinta istana masing-masing. Duchess of Brabant, Puteri Elisabeth Elisabeth yang diputerikan pada 25 Oktober 2001 adalah anakanda sulung kepada Raja dan Permaisuri Belgium sekarang. 10 tahun selepas kelahirannya, Belgium memperkenalkan akta pewarisan baharu yang mana anak pertama diraja yang sah berhak menduduk takhta. Selepas ayahandanya menjadi raja Belgium sekarang, Puteri Elisabeth kini menjadi pewaris paling utama sebagai pemerintah raja seterusnya. Jika dia bakal naik takhta, Duchess of Brabant ini akan menjadi permaisuri raja yang pertama buat Belgium. Kini Puteri Elisabeth sudah memikul jawatan Duchess of Brabant, satu gelaran hanya buat pewaris utama diraja Belgium.
Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse