Loading media...

Unable to load content
Istiadat Pertabalan: Permaisuri Camilla Beri Penghormatan Kepada Ratu
Senarai Pemenang Anugerah Grammy Ke-66
Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Tentang Acara Tahunan Berprestij MOST GLAM 2023
Ariana Grande Sah Bergelar Isteri Dalam Satu Majlis Intim
Tiga Puteri Mahkota Yang Bakal Menerajui Tahkta
Home > Gaya Hidup > Yuna Bakal Kembali Ke Amerika Syarikat Untuk Pembikinan Album Terbaharu

Yuna Bakal Kembali Ke Amerika Syarikat Untuk Pembikinan Album Terbaharu

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Lebih setahun pendemik Covid-19 melanda dunia, bermakna dalam tempoh itu jugalah Yuna Zarai ‘terkandas’ di Malaysia.

Yuna yang pulang ke tanah air bersama suami, Adam Sinclair pada Mac tahun lalu untuk mengurus beberapa perkara tidak menyangka sudah lebih setahun dia meninggalkan Amerika Syarikat.

Baru-baru ini pelantun lagu Don’t Blame It On Love itu meluahkan hasratnya untuk kembali ke Los Angeles bagi meneruskan kerjaya muzik di sana dan melakukan kerja-kerja pembikinan album terbaharu.

“Insya-Allah, album tersebut akan dilancarkan pada hujung tahun ini. Saya juga akan memastikan dapat berulang-alik ke Malaysia demi memastikan kesejahteraan keluarga saya sentiasa terpelihara,” katanya.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse