Ratu Elizabeth ll Mangkat
GLAM It-Girl: Mariesya Muhd
Datin X: Ipar Duai Berpecah Belah, Porak Peranda Rumah Mentua
“Terima Panggilan Daripada Super Bowl, Sangat Menakutkan Saya” -Rihanna
Chanel Persembah Paris Opera Junior Ballet Ke Malaysia
Home > Gaya Hidup > Penantian Peminat Berakhir, Faizal Tahir Tampil Dengan Konsert Sulung

Penantian Peminat Berakhir, Faizal Tahir Tampil Dengan Konsert Sulung

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse
Hampir dua dekad berkecimpung dalam industri muzik, Faizal Tahir akhirnya muncul dengan konsert solo pertamanya. Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur bakal berlangsung pada 2 September di Dewan Merdeka, World Trade Centre. Menurut penyanyi itu, ia adalah tanda penghargaan buat para peminat yang tidak henti-henti memberi sokongan kepadanya sejak 17 tahun lalu. “Saya rasa ini adalah masa terbaik, setelah sekian lama dipujuk oleh pihak pengurusan untuk membuat konsert solo. Saya rasa ini tanda yang orang masih nak dengar saya menyanyi. Lagipun ketika mempromosi lagu terutama di media sosial, terlalu banyak komen daripada peminat yang meminta saya membuat konsert solo. Pihak pengurusan mengumpul semua komen itu dan tunjukkan kepada saya,” katanya, menurut laporan Sinar Harian.
Faizal tahir

Foto: Bernama

Faizal Tahir menambah, konsert itu bakal menampilkan beberapa segmen menarik yang menunjukkan revolusi kembara seninya. Dia bakal mempersembahkan lagu-lagu popular daripada lima albumnya termasuk Aku.Muzik.Kamu, Adrenalin serta Anatomi & Rojak. Penyanyi, komposer dan penulis lirik ini akan turut menyampaikan lagu Sampai Syurga versi rakaman semula pada malam itu. Ini sebagai hadiah buat semua pihak yang mendukung perjalanan kerjayanya.
Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse