Related Stories
Home > Gaya Hidup > 9 Pesta Mewah di Seluruh Dunia Yang Perlu Anda Tahu
9 Pesta Mewah di Seluruh Dunia Yang Perlu Anda Tahu
Selain majlis besar seperti sambutan hari lahir, ulang tahun perkahwinan dan baby showers, golongan atasan sentiasa menantikan pelbagai acara yang eksklusif. GLAM ingin berkongsi sembilan pesta mewah yang perlu anda tahu.
Ramai orang di dunia ini bekerja keras untuk memperoleh kekayaan. Hasil daripada itu mereka boleh berseronok dengan menghadiri pesta yang paling eksklusif dan berprestij di dunia. Contohnya, Cannes Film Festival, pesta fesyen mewah seperti Met Gala, European aristocratic balls dan banyak lagi.
Sehingga hari ini, Queen Charlotte’s Ball di Britain masih kekal dengan warisan 200 tahunnya. Pesta ini ditubuhkan sebagai pengumpulan dana oleh Raja George III, yang dinamakan sempena nama isterinya iaitu Ratu Charlotte. Pesta ini dibuat khas untuk orang bujang yang berusia 17 dan 18 tahun.
Untuk pengetahuan anda, pesta ini pernah menampilkan pasangan kembar Malaysia iaitu Rachel dan Michelle Yeoh pada tahun 2015. Pesta yang dihoskan oleh The London Season masih mengekalkan teras amalnya, selain daripada kemegahan tarian, santapan mewah, dan upacara memotong kek.
Pada permulaan musim panas, Kelab Polo Pengawal di England menjadi tuan rumah Cartier Queen’s Cup, kejohanan polo 22 gol. Ia dipanggil sebagai titik tertinggi musim polo British. Acara ini berlangsung selama berminggu-minggu dan berakhir dengan Ratu Elizabeth II menyampaikan piala kepada pemenang.
Malam terbesar dunia fesyen iaitu Costume Institute Met Gala di Muzium Seni Metropolitan New York merupakan acara terbesar di dalam industri. Ia dilancarkan pada tahun 1948 untuk penduduk New York yang kaya, tetapi hari ini telah berkembang menjadi acara fesyen, filem dan seni yang menakjubkan.
Tarikan utama Met Gala tidak dapat dinafikan adalah seperti pakaian dramatik, fesyen yangvunik dan banyak lagi. Ini adalah peluang yang luar biasa untuk pereka dan selebriti untuk menunjukkan rekaan yang kreatif.
“Let the waltz begin!” ia menggambarkan Vienna Opera Ball yang berlangsung di Wiener Staatsoper. Penyanyi opera dan bintang balet menggembirakan kira-kira 5,000 tetamu terhormat seperti perniagaan, politik, sukan dan akademik. Ia juga menampilkan 150 pasangan terpilih yang membuat persembahan polonaise pertama pada malam itu.
“Ball of all balls, much-copied around the world”, aksi mempesonakan ini menarik anggaran penonton berjuta-juta di seluruh dunia yang berminat untuk melihat bagaimana masyarakat tinggi berpesta sambil mematuhi tingkah laku formal yang paling ketat.
Kejohanan tenis Wimbledon adalah kejohanan tenis tertua paling berprestij di dunia dan berlangsung pada setiap Julai di London. Di semua peringkat, acara sukan ini sangat unik kerana fokusnya kepada keanggunan seperti pemain memakai pakaian tenis rona putih dan tetamu memakai pakaian yang classy dan smart untuk menarik perhatian.
Memulakan kalendar sukan dan sosial musim panas Britain, acara perlumbaan utama Great Britain ialah Royal Ascot. Acara selama 5 hari itu dimulakan dengan pembukaan oleh Ratu England, yang mengetuai Perarakan Diraja pada pukul 2 petang.
Acara ini dihadiri oleh Diraja, tetamu jemputan dan sesiapa sahaja yang mampu membeli tiket untuk menonton acara lumba kuda terbaik di dunia.
Tidak lengkap tanpa menyebut acara kemuncak iaitu Karnival Venice, Il Ballo del Doge. Pesta penyamaran simbolik yang diasaskan oleh pereka pakaian ikonik Venetian Antonia Sautter menarik nama eklektik dari seluruh dunia daripada bintang rock hingga ke ahli politik.
Ia berlaku di Palazzo Pisani Moretta di tepi Grand Canal, dihiasi dalam reka bentuk set dunia lain Antonia, membina pentas untuk tetamu, memakai kostum dan topeng untuk menikmati persembahan artistik yang menakjubkan daripada akrobatik hingga menari.
Festival Filem Cannes menarik perhatian penerbit, artis, pelakon dan pengarah yang paling berbakat industri hiburan setiap bulan Mei. Festival Cannes adalah antara peringkat paling berprestij untuk pawagam Eropah. Permaidani merah di Cannes mewakili prestij dan glamor festival itu.
Dalam pameran setiap tahun di tepi Tasik Como Itali, Concorso D’Eleganza Villa D’Este memaparkan 50 kereta terhebat yang dibuat dari tempoh masa kini.
Seorang pemilik kereta setiap tahun dianugerahkan anugerah Best in Show oleh BMW, yang menaja acara tersebut. Penghargaan ini dianugerahkan kepada pereka pakaian jutawan Ralph Lauren pada tahun 2013 untuk Bugatti 57SC Atlantic 1938 miliknya.
Artikel Berkaitan : Acara Parti ‘House Of RE’ Rai Ulang Tahun Ke-3 Berlangsung Penuh Meriah
9 Pesta Mewah Yang Perlu Anda Tahu
Lihat sembilan pesta tahunan paling eksklusif yang kemungkinan besar dihadiri oleh bilionair, diraja dah tetamu khas.1. Queen Charlotte’s Ball, United Kingdom
Sehingga hari ini, Queen Charlotte’s Ball di Britain masih kekal dengan warisan 200 tahunnya. Pesta ini ditubuhkan sebagai pengumpulan dana oleh Raja George III, yang dinamakan sempena nama isterinya iaitu Ratu Charlotte. Pesta ini dibuat khas untuk orang bujang yang berusia 17 dan 18 tahun.
Untuk pengetahuan anda, pesta ini pernah menampilkan pasangan kembar Malaysia iaitu Rachel dan Michelle Yeoh pada tahun 2015. Pesta yang dihoskan oleh The London Season masih mengekalkan teras amalnya, selain daripada kemegahan tarian, santapan mewah, dan upacara memotong kek.
2. Cartier Queen’s Cup
Pada permulaan musim panas, Kelab Polo Pengawal di England menjadi tuan rumah Cartier Queen’s Cup, kejohanan polo 22 gol. Ia dipanggil sebagai titik tertinggi musim polo British. Acara ini berlangsung selama berminggu-minggu dan berakhir dengan Ratu Elizabeth II menyampaikan piala kepada pemenang.
3. Costume Institute Met Gala
Malam terbesar dunia fesyen iaitu Costume Institute Met Gala di Muzium Seni Metropolitan New York merupakan acara terbesar di dalam industri. Ia dilancarkan pada tahun 1948 untuk penduduk New York yang kaya, tetapi hari ini telah berkembang menjadi acara fesyen, filem dan seni yang menakjubkan.
Tarikan utama Met Gala tidak dapat dinafikan adalah seperti pakaian dramatik, fesyen yangvunik dan banyak lagi. Ini adalah peluang yang luar biasa untuk pereka dan selebriti untuk menunjukkan rekaan yang kreatif.
4. Vienna Opera Ball, Austria
“Let the waltz begin!” ia menggambarkan Vienna Opera Ball yang berlangsung di Wiener Staatsoper. Penyanyi opera dan bintang balet menggembirakan kira-kira 5,000 tetamu terhormat seperti perniagaan, politik, sukan dan akademik. Ia juga menampilkan 150 pasangan terpilih yang membuat persembahan polonaise pertama pada malam itu.
“Ball of all balls, much-copied around the world”, aksi mempesonakan ini menarik anggaran penonton berjuta-juta di seluruh dunia yang berminat untuk melihat bagaimana masyarakat tinggi berpesta sambil mematuhi tingkah laku formal yang paling ketat.
5. Wimbledon
Kejohanan tenis Wimbledon adalah kejohanan tenis tertua paling berprestij di dunia dan berlangsung pada setiap Julai di London. Di semua peringkat, acara sukan ini sangat unik kerana fokusnya kepada keanggunan seperti pemain memakai pakaian tenis rona putih dan tetamu memakai pakaian yang classy dan smart untuk menarik perhatian.
6. Royal Ascot
Memulakan kalendar sukan dan sosial musim panas Britain, acara perlumbaan utama Great Britain ialah Royal Ascot. Acara selama 5 hari itu dimulakan dengan pembukaan oleh Ratu England, yang mengetuai Perarakan Diraja pada pukul 2 petang.
Acara ini dihadiri oleh Diraja, tetamu jemputan dan sesiapa sahaja yang mampu membeli tiket untuk menonton acara lumba kuda terbaik di dunia.
7. Il Ballo Del Doge, Italy
Tidak lengkap tanpa menyebut acara kemuncak iaitu Karnival Venice, Il Ballo del Doge. Pesta penyamaran simbolik yang diasaskan oleh pereka pakaian ikonik Venetian Antonia Sautter menarik nama eklektik dari seluruh dunia daripada bintang rock hingga ke ahli politik.
Ia berlaku di Palazzo Pisani Moretta di tepi Grand Canal, dihiasi dalam reka bentuk set dunia lain Antonia, membina pentas untuk tetamu, memakai kostum dan topeng untuk menikmati persembahan artistik yang menakjubkan daripada akrobatik hingga menari.
8. Cannes Film Festival
Festival Filem Cannes menarik perhatian penerbit, artis, pelakon dan pengarah yang paling berbakat industri hiburan setiap bulan Mei. Festival Cannes adalah antara peringkat paling berprestij untuk pawagam Eropah. Permaidani merah di Cannes mewakili prestij dan glamor festival itu.
9. Concorso D’Eleganza Villa D’Este
Dalam pameran setiap tahun di tepi Tasik Como Itali, Concorso D’Eleganza Villa D’Este memaparkan 50 kereta terhebat yang dibuat dari tempoh masa kini.
Seorang pemilik kereta setiap tahun dianugerahkan anugerah Best in Show oleh BMW, yang menaja acara tersebut. Penghargaan ini dianugerahkan kepada pereka pakaian jutawan Ralph Lauren pada tahun 2013 untuk Bugatti 57SC Atlantic 1938 miliknya.
Artikel Berkaitan : Acara Parti ‘House Of RE’ Rai Ulang Tahun Ke-3 Berlangsung Penuh Meriah
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
