Menjulang nama diraja dengan penuh kebijaksanaan, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah, seorang pewaris diraja ketiga takhta Pahang.
Melangkah maju sebagai lambang masa depan yang penuh harapan dan keagungan. Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah ibni Tengku Abdullah, putera ketiga Sultan Abdullah, dilahirkan pada 11 September 2000, membawa gelaran Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang. Anakanda kepada Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (Sultan of Pahang) and Tengku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (Raja Permaisuri Agong). Berpendidikan di Malaysia dan luar negara, beliau membesar dalam suasana penuh keagungan diraja. Sebagai pewaris ketiga takhta Pahang, Tengku Ahmad Ismail menggambarkan keanggunan seorang pewaris muda yang bakal mewarnai masa depan negeri dengan kebijaksanaan dan integriti, mencerminkan kepimpinan diraja yang berwibawa.
Tengku Panglima Muda, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah

Sebagai pewaris ketiga takhta negeri Pahang dan saudara kembar kepada Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah sering berkongsi detik kehidupan peribadinya bersama rakyat di Instagram dengan akaun @t.aimshah. Beliau memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan St. Thomas, Kuantan, sebelum meneruskan pelajaran ke luar negara di Caldicott Preparatory School, Farnham Royal, UK. Seterusnya, beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Kriminologi dan Sosiologi di Royal Holloway, Universiti London, di mana beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains.
Sebagai salah seorang anggota muda dalam keluarga diraja, beliau mengikut jejak langkah abang sulungnya, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, yang juga merupakan Tengku Mahkota Pahang. Kecemerlangan akademik dan dedikasinya membuktikan keupayaannya dalam memikul tanggungjawab diraja pada masa hadapan.

Beliau juga mempunyai minat yang mendalam dalam bidang ketenteraan. Menjalani latihan ketenteraan di Royal Military Academy Sandhurst (RMAS) di London, sama seperti ayahandanya dan abangnya, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Latihan ketenteraan ini menunjukkan komitmennya dalam bidang ini, yang menonjolkan kecintaannya terhadap disiplin dan ketangkasan dalam bidang pertahanan.

Manakala, sukan berkuda adalah salah satu suka yang digemari beliau dan sering terlibat dalam acara sukan dan aktiviti yang membabitkan stamina dan ketahanan. Kerabat diraja Pahang, termasuk Tengku Ahmad, sering terlibat dalam acara berkuda, mencerminkan tradisi dan status mereka dalam masyarakat. Sukan berkuda dianggap sukan yang berprestij di kalangan kerabat, dan penglibatan Tengku Ahmad dalam aktiviti ini menggambarkan cintanya terhadap sukan tradisional yang penuh kemuliaan ini.

https://www.instagram.com/p/CoClsX1sS6z/
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
