FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggugah Keaslian
Setiap perincian koleksi FENDI Casa adalah manifestasi keanggunan dan kemewahan, di mana warisan ikonik bertemu inovasi moden.
FENDI Casa memperkenalkan bab baru dalam perjalanan mereka yang menekankan dialog berterusan antara reka bentuk, pemilihan bahan mentah, dan keahlian lebih lux. Koleksi ini juga menambah elemen penuh keunikan. Dibina atas visi pengarah kreatifnya, Silvia Venturini Fendi. Manakala, melangkah masuk ke dalam butik Fendi, terlihat reka bentuk butiknya yang menawarkan tafsiran inovatif terhadap logo FF, yang berfungsi sebagai komponen seni bina yang memisahkan ruang dengan palet warna terang.
Fendi Casa Menerangi Milan Design Week 2024.


Sofa FENDI F-Affair, kelihatan seperti teka-teki elemen yang saling mengait, memberikan peluang untuk eksperimen dengan kombinasi material bulu lembut dan warna krim yang minimal dan bertona sejuk. Seterusnya, sofa Sohoft hasil air tangan pereka, Toan Nguyen. Meriasi ruangan dengan kehangatan rona batu bata yang cukup sleek menawarkan gaya lebih santai dengan reka bentuk modularnya.


Aksesori seperti Small Ring dan Large Ring direka untuk sofa Blow Up, serta meja sisi Junto yang boleh disusun seperti cufflinks. Dua meja kopi dengan ketinggian berbeza turut ditambah untuk barisan Sandia. Keterampilan kerusi Adiada muncul dengan reka bentuk kukuh yang menghormati seni reka Brazil, serta meja Sigillo FF yang menggabungkan bentuk bulat dan bahan mewah, melengkapi koleksi ini. Lazy Ottavia, kerusi yang selesa, diperkenalkan bersama bangku atau meja sisi.

Meja Arches Legs juga ditawarkan dalam versi baru dengan variasi bahan berkualiti tinggi cukup selasa untuk menjamu selera makan malam mewah. Koleksi FENDI Casa terus berinovasi, menambah produk baru termasuk kerusi Mrs. Parsifal dan kerusi-kerusi baru karya Stefano Gallizioli.


Lantas, karya pereka muda Belgium, Jonas Van Put, dengan meja kopi FF Kiss dan model Lunar yang menonjolkan keindahan marmar cukup elegan. Reka bentuk penyimpanan baru seperti rak Arpeggio dan meja Nascondino yang elegan ditambah, serta variasi lampu Velum yang direka semula dalam kombinasi baru. Seterusnya, Garis peralatan Art de la Table diperbuat daripada porselin Limoges Perancis yang berkualiti, dihiasi dengan logo O’Lock FENDI dalam warna merah bata dan merah jambu, serta sentuhan emas. Set ini menjadikan setiap cawan teh atau kopi satu upacara elegan; cawan, teko, dan cawan kopi direka dengan penutup yang dihiasi logo O’Lock emas.

Gelas berwarna baru menambah suasana meja dengan garis menegak yang mengingatkan pada jalur Pequin dan logo FF terukir. Kaca juga digunakan dalam hiasan meja. Pasu dua warna daripada kaca soufflé dihiasi dengan jalur Pequin, begitu juga dengan set garam dan lada yang menarik. Alas piring yang diperbuat daripada kulit anyaman tangan dalam warna coklat atau gelap dihiasi logo FENDI Roma. Pemegang napkin dan gelas, karaf, serta lilin wangi meneruskan tema keahlian ini.

FENDI Casa, dengan koleksi baru pada Milan Design Week 2024, memperlihatkan komitmen yang berterusan terhadap inovasi dan kreativiti dalam reka bentuk. Gabungan penuh elemen keaslian, daya tarikan, dan keunikan. Bukan sahaja mencerminkan gaya yang mewah tetapi juga menampilkan dialog yang mendalam antara bahan mentah dan keahlian yang luar biasa. Setiap rekaan, dari sofa modular hingga aksesori yang penuh gaya, menunjukkan sentuhan eksentrik dan imaginatif yang menghidupkan nafas baharu kepada pemilihan ruang tamu yang lebih moden.
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
