Digital Detox Adalah Bentuk Self-Care Paling Mewah Zaman Ini
GLAM Sejenak Bersama Sharifah Rose, Kongsi Pembelian Terkininya Bulan Ini
Gaya Tetamu Di Istiadat Perkahwinan Diraja: Siapa Paling Memukau?
Naomi Campbell Akhirnya Bergelar Ibu Pada Usia 50 Tahun
Apa Alasan The Weeknd Hadir Di AMAs dengan Kepala Berbalut?
Home > Gaya Hidup > Dua Dekad Cartier Women’s Initiative Memacu Impak Usahawan Wanita

Dua Dekad Cartier Women’s Initiative Memacu Impak Usahawan Wanita

Tahun 2026 menyaksikan Cartier Women’s Initiative meraikan ulang tahun ke-20 dengan terus mengiktiraf serta menyokong usahawan wanita yang membawa impak di seluruh dunia.  Sejak diperkenalkan pada tahun 2006, inisiatif ini berkembang menjadi sebuah komuniti global yang berpengaruh dan pemangkin perubahan. Berteraskan keyakinan bahawa apabila wanita diberi ruang serta sumber untuk memimpin, berinovasi dan mencipta, Cartier berpegang teguh bahawa mereka mampu untuk membentuk semula masa depan. Berlangsung pada 10 Jun 2026 di Bangkok Thailand, ia menjadi nadi untuk merayakan inovasi, teknologi, kreativiti serta perniagaan.

Lighting The Path, Wanita Pencetus Perubahan

Dua Dekad Cartier Women’s Initiative Memacu Impak Usahawan Wanita Sempena meraikan ulang tahun ini di bawah tema “Lighting the Path”, edisi 2026 memberi penghormatan kepada wanita yang memacu perubahan dengan keberanian, kreativiti dan keyakinan, sekali gus membuka jalan ke arah masa depan yang lebih adil serta inklusif. Dilancarkan pada tahun 2006 sebagai satu komitmen berani, inisiatif yang dibiayai sepenuhnya oleh Cartier ini bertujuan mengiktiraf serta menyokong usahawan wanita berpotensi. Sejak itu, ia berkembang menjadi sebuah komuniti global dan kuasa transformasi yang memberi impak besar.  Sepanjang dua dekad telah berlalu, Cartier Women’s Initiative telah menyokong 330 usahawan wanita yang membawa impak dari 66 negara, sambil membina komuniti global yang kini mempunyai lebih 520 ahli aktif. Program ini telah menyediakan sokongan kewangan sebanyak USD 14.1 juta. Pendekatannya yang menyeluruh dan berfokus kepada impak turut menggabungkan pembiayaan geran bersama program fellowship, pembangunan kepimpinan, sokongan kesejahteraan, serta akses komuniti seumur hidup. 

Usahawan Wanita Nepal Diiktiraf Kali Pertama

Dua Dekad Cartier Women’s Initiative Memacu Impak Usahawan Wanita

Edisi 2026 Cartier Women’s Initiative dengan bangga mengumumkan 30 wanita, mewakili tiga perniagaan teratas dalam setiap 9 anugerah serantau serta 1 anugerah tematik. Diiktiraf kerana kemampuan mereka menyelesaikan masalah global yang penting, mereka menunjukkan sejauh mana wanita mampu memimpin dan mencipta impak melalui keusahawanan di seluruh dunia. Cartier Women’s Initiative tahun ini juga mencatat sejarah dengan penghargaan kali pertama terhadap seorang usahawan wanita berimpak dari Nepal.

Memperkasa Usahawan Wanita, Melangkaui Generasi

Dua Dekad Cartier Women’s Initiative Memacu Impak Usahawan Wanita Berpandukan prinsip memperkasa pencetus perubahan, mencipta peluang, dan dedikasi untuk berkembang, Cartier Women’s Initiative telah menjadi platform global yang menyokong usahawan wanita. Ulang tahun ini bukan sekadar perayaan semata-mata, tetapi juga pengukuhan komitmen Cartier. Pencapaian wanita-wanita ini melangkaui sempadan dan generasi. Artikel berkaitan: Ini 5 Cara Chic Menggayakan Perhiasan Mixed Metal