The Need For Speed
Michael Keaton Kembali Membintangi Batman The Flash
Lima Bulan Berumah Tangga, Mira Filzah Kini Berbadan Dua?
Gaun Persembahan Terakhir Amy Winehouse Dijual Pada Harga RM1 Juta
BIGBANG,BTS, EXO Dan BLACKPINK Kembali Buat Comeback 2026!
Home > Gaya Hidup > Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti

Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti

Lagree sedang hangat diperkatakan di Malaysia! Rata-rata wanita yang aktif Pilates kini beralih-arah ke senaman yang lebih intensiti tinggi, impak rendah namun lebih dramatik! 

Apa Itu Lagree?

Lagree dicipta oleh usahawan fitness Sébastien Lagree pada awal tahun 2000-an. Ia mengambil ilham dari Pilates  gerakan terkawal dan berfokus  tetapi menaikkan intensitinya beberapa darjah. Hasilnya adalah satu sesi latihan yang membina kekuatan otot secara serius, tanpa membebankan sendi.

Senama ini dilakukan di atas mesin khusus yang dikenali sebagai Megaformer. Kaedah ini menumpukan pada gerakan perlahan dan terkawal yang mengekalkan otot di bawah tekanan berterusan dan mewujudkan rasa “bakar” yang dalam dan berkesan. Yang membezakan Lagree daripada latihan lain adalah keupayaannya mencabar seluruh badan pada masa yang sama. Kekuatan, daya tahan otot, keseimbangan, dan kestabilan teras semuanya bekerja serentak.

lagree

Apa Yang Anda Dapat Dari Lagree?

Lagree sangat efektif untuk membina kekuatan dan daya tahan otot, sekaligus membentuk badan yang terasa lebih kuat dan lebih kencang. Sebab otot kekal di bawah tekanan untuk tempoh yang lebih panjang, proses membentuk dan mengukuhkan badan berlaku dengan cara yang cukup efisien.

Satu lagi daya tarikan Lagree adalah kecekapannya. Dalam satu sesi sahaja, anda mendapat manfaat latihan kekuatan sekaligus kesan kardio degupan jantung naik, otot terasa terbakar, dan kamu sudah boleh beredar dalam masa kurang dari sejam. Lagree juga terbuka untuk semua tahap kecergasan dari pemula sehinggalah atlet berpengalaman, semua boleh bekerja mengikut tahap masing-masing dan tetap merasai intensitinya.

Pilates vs Lagree — Mana Satu Untuk Anda?

Lagree sering dibandingkan dengan Pilates, tapi kedua-duanya bukan perkara yang sama. Ya, kedua-duanya menggunakan mesin berasaskan spring dan gerakan terkawal tapi pengalaman menjalaninya terasa sangat berbeza.

Pilates mengutamakan penjajaran badan, fleksibiliti, dan kestabilan teras. Lagree pula tidak malu-malu mengisytiharkan dirinya sebagai latihan kekuatan yang lebih garang. Intensitinya membina secara berterusan sepanjang kelas, mendorong daya tahan otot ke satu tahap yang lain. Tidak ada yang lebih baik antara keduanya,  ia bergantung sepenuhnya pada apa yang kamu cari. Pilates akan buat kamu rasa panjang dan selaras. Lagree? Ia akan buat kamu rasa seperti kamu baru tamatkan pertempuran dan menang!

lagree

Lagree Kini Di EDEN SOCIAL CLUB

 
View this post on Instagram
 

A post shared by Eden Social Club (@esc.kl)

 

Buat anda yang tidak pernah mencuba Lagree, GLAM sarankan patut anda cuba kerana pengalaman itu sangat berbeza! Saranan GLAM, anda boleh mengunjungi and tempah slot anda di EDEN SOCIAL CLUByang menawarkan rutin Lagree secara menyeluruh dan yang pertama mempunyai Lagree Megapro di Malaysia secara eksklusif. Selamat mencuba!

Artikel berkaitan Yoga Atau Pilates? Mana Satu Sesuai Untuk Anda