Home > Gaya Hidup > Cakra Khan Tunai Janji Buat Peminat Di Malaysia
Cakra Khan Tunai Janji Buat Peminat Di Malaysia
Penyanyi bersuara emas, Cakra Khan bakal kembali ke Kuala Lumpur untuk menghiburkan para peminatnya di sini.
Selepas kejayaan konsertnya di Dewan Plenari KLCC pada Januari lalu, penyanyi kelahiran Pangandaran, Indonesia ini mempersembahkan sebuah lagi konsert menerusi acara Dream Festival Collaboration Vol. 4. Cakra Khan Live In Kuala Lumpur bakal berlangsung di pentas Zepp Kuala Lumpur pada 17 September depan.
Konsert kali ini nyata lebih istimewa kerana ia menjadi simbolik perjalanan kerjayanya sebagai penyanyi selama lebih sedekad. Penonton akan disajikan dengan himpunan lagu popularnya termasuk lagu pertama, Harus Terpisah yang menaikkan namanya di Indonesia dan Malaysia.
Foto: Facebook
Artikel Berkaitan: Penantian Peminat Berakhir, Faizal Tahir Tampil Dengan Konsert Sulung
Cakra Khan Bakal Ditemani Penyanyi Misteri
Menariknya ia juga akan menampilkan penyanyi undangan khas dari Malaysia yang identitinya masih dirahsiakan. Pengarah Projek Dream Festival, Rama Ananda Ambri turut menjanjikan hiburan luar biasa daripada penyanyi berusia 31 tahun itu.“Kemunculan Cakra bersama penyanyi undangan misteri itu akan menghangatkan lagi siri Dream Festival Collaboration Vol. 4. Ia sekali gus membawa penonton merentas perjalanan hiburan yang tidak terlupakan. Sebagai penyanyi, Cakra dilihat sebagai sosok yang sangat berbakat dan mempunyai karisma tersendiri setiap kali beraksi di pentas. Dikenali dengan kehebatan vokal dan aksi penuh energetik, kami yakin kemunculan terbaharu Cakra pasti memberikan kepuasan kepada peminat,” katanya.Tambahnya, mereka komited untuk memberikan pengalaman konsert yang tidak akan dilupakan semua penonton. Tiket dijual pada harga RM178 (Kepada Hati), RM198 (Terlanjur Cinta), RM318 (Kekasih Bayangan), RM508 (Tanpa Batas Waktu) dan RM5,880 (Royal Box untuk lapan penonton) di Ticket2u. Cakra Khan meraih perhatian dunia Julai lalu setelah berjaya memukau barisan juri dan penonton America’s Got Talent dengan suara serak basahnya pada pusingan awal. Keunikan vokalnya membawakan lagu No Woman, No Cry nyanyian Bob Marley & The Wailers melayakkannya memperoleh empat ‘Yes’ daripada barisan juri – Simon Cowell, Heidi Klum, Howie Mandel dan Sofia Vergara.

Foto: DetikInet
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
