fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Fesyen ‘Rich and Famous’ Di Minggu Fesyen Paris 2024
CHANEL Boy.Friend Meraikan Sifat Maskulin Dalam Wanita
Rahsia Tampil Bergaya dengan Blazer Coklat – Trik yang Ramai Tak Tahu!
Louise Trotter Mengukir Jejak Baru Di Bottega Veneta
Millennial It-Girl: Syarlene Rahim

Bottega Veneta Salon 02: Misteri dan Mewah

Dalam satu persembahan yang rahsia di kelab malam ikonik Berghain, Bottega Veneta mempertontonkan himpunan Salon 02 mereka.

Lewat April lalu, segerombolan orang penting dan cool dijemput oleh Daniel Lee, Pengarah Kreatif Bottega Veneta ke Berlin. Undangan misteri dan eksklusif ini adalah untuk menjadi penonton utama bagi koleksi terbaru Bottega Veneta Salon 02. Bagi memberi rasa eksklusif, sewaktu pertunjukan dan acara itu berlangsung tiada gambar tersebar. Kerana, telefon dan kamera tidak dibenarkan berada di dalam kawasan acara fesyen ini.

Bottega Veneta salon 02

Berlainan dengan koleksi Wardrobe, himpunan Salon lebih mewah. Bukan himpunan yang melengkapkan ceraian harian. Garapan Salon bagaikan mengejar fantasi fesyen. Seperti yang dipersembahkan oleh Lee, Salon 02 mewah dengan tekstur yang meletakkan ia sebagai satu item mahal. Perincian yang dramatik, mungkin lari dari diea pertama Lee tetap mencipta tarikan yang unik. Boleh dibilang, yang Lee ini bijak menghasilkan helaian buat wanita-wanita yang otaknya geliga.

Bottega Veneta salon 02

 

Kemas kini gaya musim luruh dengan 10 gaya terbaik daripada koleksi Salon 02!

6 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

6 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse