Related Stories
Ashley Olsen Selamat Melahirkan Anak Pertama
Ashley Olsen kini seorang ibu! Pereka fesyen jenama luxe, The Row dan pelakon kanak-kanak ini selamat melahirkan anak pertamanya baru-baru ini.
Mogul fesyen berusia 37 tahun ini bersama suaminya Louis Eisner menyambut kehadiran cahaya mata baru mereka, anak lelaki bernama Otto beberapa bulan lepas di New York.
Namun begitu, tiada informasi tambahan tentang kelahiran anak mereka bahkan pasangan ini kekal diam tentang hubungan mereka.

Perkahwinan Ashley Olsen dengan Louise Eisner
Ashley dan Louis berkahwin pada Disember 2022 di sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga dan teman-teman rapat. Pasangan ini juga dikatakan bercinta sejak Oktober 2017 namun enggan mendedahkan informasi tentang hubungan mereka dan lebih gemar kekal low profile.
Mereka jarang sekali bergambar bersama namun mereka membuat debut karpet merah buat kali pertama pada September 2021 hanya selepas empat tahun bersama. Ashley dan Louis dikatakan mula mengenali satu sama lain selepas diperkenalkan oleh teman-teman sekolah lama mereka dan berkawan selama lima tahun sebelum mula bercinta.
Ashley Olsen bersama adik kembarnya Mary-Kate Olsen menempa nama dalam industri lakonan apabila mereka mula berlakon sejak bayi dalam drama sitkom Full House. Namun begitu, mereka mengambil keputusan untuk bersara dalam lakonan dan fokus kepada industri fesyen dengan melancarkan label luxe, The Row pada tahun 2006.
Jenama mewah ini terkenal dengan produk berkualiti tinggi dalam siluet clean dan moden termasuk pakaian, tas tangan, sepatu serta aksesori.
Louis pula merupakan seorang artis yang membesar di California. Ibunya Lisa Eisner ialah seorang jurugambar fesyen dan pereka barang kemas manakala bapanya Eric Eisner, mogul filem dan muzik, peguam hiburan dan philanthropist.
Artikel berkaitan: Elizabeth Olsen Menerangkan Mengapa Mary-Kate dan Ashley Sangat Berahsia
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
