Related Stories
Minum Petang Sempena Hari Kekasih di Banyan Tree Kuala Lumpur!
Sempena Hari Kekasih, Banyan Tree Kuala Lumpur tampil dengan set minum petang kolaborasi bersama jenama haruman Acqua di Parma.
Acqua di Parma adalah sebuah jenama haruman yang popular dan mengangkat warisan serta penciptaan olfaktori Itali. Dan istimewa kali ini, hotel Banyan Tree Kuala Lumpur, telah tampil mencipta set minum petang berinspirasikan haruman signatur terkini, Magnolia Infinita, mereka ini.

Bermula 8 Februari hingga 15 Mac 2023, jam 3 hingga 5 petang, hidangan minum petang, The Signature of Love- A Valentines Afternoon Tea akan dihidangkan di tingkat 53, Banyan Tree Kuala Lumpur ini. Hadir pada harga RM188/seorang, menu ini turut tersedia dengan segelas air pilihan dan hadiah signatur istimewa daripada koleksi Sun oleh Acqua di Parma.
Istimewa dicipta oleh kumpulan chef yang diketuai oleh Carlos Valente (Chef Pastri Eksekutif), beliau yang berasal daripada Funchal, Madeira Island Portugal ini telah memiliki pengalaman lebih daripada 38 tahun dalam mengemudi hidangan untuk hotel antarabangsa dan restoran dengan Michelin Star. Apa yang boleh kami katakan, anda harus mencuba hidangan ciptaan beliau ini yang hanya terdapat di Banyan Tree Kuala Lumpur.

Antara bahan yang digunakan dalam hidangan set minum petang ini adalah pilihan buah-buahan ikonik haruman Acqua di Parma iaitu Calabrian Bergamot, Citrus juga buah oren. Kemudian diserikan dengan hidangan savori seperti “Warm Sunshine”, iaitu gabungan tomato kering bersama roti, udang dan ketam lembut, Kaluga Caviar juga Yuzu. Kemudian “Everlasting Affection” yang menampilan roti kismis chicken pâté dan daun emas. Jangan lupa untuk mencuba hidangan pemanis mulutnya pula seperti “The Admirer” yang menampilkan lemon curd bersama coklat susu ganache dan jeli lemon. Banyak lagi yang boleh anda temukan di dalam set hidangan yang mesti anda cuba ini.
Sambil anda menikmati minum petang ini, anda boleh mencuba haruman Magnolia Infinita Eau de Parfum yang menyemarakkan lagi Harian anda. Disinari bauan mewah daripada nota kelopak bunga Magnolia.
Pautan Berkaitan: Raikan Hari Kekasih Bersama Anantara Hotel, Resort & Spa
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
