Related Stories
GBC Love Wellness: 6 Lokasi Rejuvenasi & Holistik Pilihan GLAM
Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran ...
Read Full BioDalam hidup yang semakin padat dan sibuk, kita sering lupa satu perkara penting, menjaga diri sendiri. Tekanan kerja, kesibukan sosial, dan tuntutan harian kadang kala membuat kita terputus hubungan dengan tubuh dan emosi sendiri. Maka tidak hairanlah semakin ramai mencari tempat untuk ‘reboot’ di pusat wellness center, walau sekejap, demi kembali bertenaga.
Rejuvenasi bukan sekadar berspa atau bercuti. Ia tentang mendengar keperluan tubuh, memperlahankan rentak, dan menyuburkan keseimbangan dalaman yang sering terabai. Itulah sebabnya GLAM memilih untuk mengetengahkan enam pusat wellness center yang menggabungkan elemen rawatan fizikal, mental, dan spiritual kesemuanya direka agar anda dapat menikmati detik ‘escape’ yang benar-benar menyegarkan.
Daripada rawatan berasaskan teknik purba, ke pengalaman spa moden dan ruang mewah untuk bernafas semula, senarai ini membuktikan bahawa penjagaan diri kini melangkaui kecantikan luaran. Ia adalah tentang kembali kepada diri sendiri, dengan penuh kasih sayang.
6 Pusat Wellness Center Untuk Rejuvenasi Holistik
1. SAGES
SAGES bukan sekadar pusat wellness center. Ia adalah ruang penyembuhan. Dikenali dengan pendekatan seperti breathwork dan sound therapy, pengalaman di sini membawa anda menyelam lebih dalam ke dalam kesedaran diri. Jika anda mencari detoks dari dalam ini lokasinya.
2. Urban Retreat Onsen Spa – Pusat wellness center ala onsen Jepun
Bayangkan kesejukan minda dalam hangatnya air onsen gaya Jepun. Spa ini menawarkan pengalaman rendaman terapeutik dalam suasana zen, diikuti urutan yang mampu melegakan tubuh tegang. Ia destinasi ideal untuk reset selepas minggu yang meletihkan.
3. POSH Nail Spa
POSH bukan sekadar salun kuku, ia satu pengalaman penuh gaya. Layanan profesional, suasana eksklusif dan hasil kemasan yang kemas menjadikan sesi anda di sini terasa mewah. Sangat sesuai untuk hari-hari anda perlu sedikit ‘boost’ keyakinan.
4. COCOdry Bangsar
COCOdry boleh dikatakan sebuah pusat wellness center untuk rambut dan mood anda dirapi serentak. Blow dry bar ini bukan sahaja pantas dan praktikal, malah membawa semangat ‘feel good’ yang menjalar sejak kaki melangkah masuk. Lebih dari sekadar gaya rambut — ia tentang rasa segar dan yakin semula.
5. Sunway Resort
Sunway Resort menyatukan kemewahan dan ketenangan dalam satu ruang. Dari rawatan spa bertaraf antarabangsa ke ruang peribadi untuk refleksi diri, semuanya dirangka agar anda dapat berehat dengan cara paling menyeluruh. Retreat sempurna untuk tubuh, minda dan jiwa.
6. Rise & Plunge – Pusat wellness center ice bath
Bagi yang berani mencuba sesuatu luar biasa, Rise & Plunge (pusat wellness center) ialah cabaran yang menyegarkan. Cold plunge therapy dan sauna infra merah mereka menawarkan manfaat fisiologi dan mental yang luar biasa, meningkatkan tenaga, membina daya tahan dan memfokuskan fikiran.
Self-care bukan lagi pilihan, ia satu bentuk keperluan moden. Keenam-enam pusat wellness center ini mampu memberi anda ruang dan masa yang anda perlukan untuk kembali kepada versi terbaik diri anda.
Jom Sertai GBC Love Wellness!
Sertai kami di acara GBC Love Wellness untuk pengalaman kesihatan dan kesejahteraan yang penuh inspirasi. Isi borang di bawah untuk tempahan tempat anda hari ini!Artikel berkaitan: GBC Love Wellness: 5 Selebriti Wellness Fitness Instructor Pilihan GLAM
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
