Nikmati Citarasa Eksklusif EQ Kuala Lumpur Di Rumah
Diundi antara restoran terbaik dunia oleh TripAdvisor, Sabayon yang terletak di EQ Kuala Lumpur menawarkan menu panggang popular, Signature Roast yang kini boleh dinikmati secara eksklusif di rumah.
Sejak Mac lalu, menjamu selera di rumah kekal menjadi norma baharu buat rakyat Malaysia. Dan sudah pasti, ada antara kita yang mengidam untuk menikmati hidangan eksklusif di hotel terkemuka. Diundi antara restoran terbaik dunia oleh TripAdvisor, Sabayon yang terletak di EQ Kuala Lumpur menawarkan menu panggang popular, Signature Roast yang kini boleh dinikmati secara eksklusif di rumah.
Menu Signature Roast daripada restoran fine-dning ini menampilkan keseluruhan bahagian daging rusuk OP yang akan dihidangkan bersama seleksi sayuran yang panggang dengan madu, puding Yorkshire serta roti sourdough. Rusuk OP atau oven-prepared rib menggunakan potongan bahagian tengah rusuk daging yang dipilih kerana ketebalan dagingnya, lantas membuatnya sempurna untuk menu panggang.

Penyediaan menu ini cukup isitimewa. Mulanya, daging akan diurutkan bersama rosemary, taim, marjoram dan beberapa bahan rahsia lain. Selepas 24 jam diperap, daging yang lembut ini pula akan dipanggang dan dilayurkan untuk mendapatkan panggangan sempurna dalam memastikan jus daging terus kekal. Seterusnya, daging akan dibakar di dalam ketuhar dan akan mencairkan lemak secara perlahan untuk memberikan citarasa rasa yang sempurna.
Tidak dilupakan, sajian menu Signature Roast dari Sabayon ini akan hadir bersama variasi sos yang terbaik. Setiap pesanan akan disertakan bersama seleksi sos pilihan seperti jus daging, sos Béarnaise dan juga mustard stone-ground. Setiap pesanan juga akan dilengkapkan dengan mentega Yuzu untuk dinikmati bersama roti Sourdough nanti.

Dalam mengekalkan sisi eksklusif, setiap pesanan Siganture Roast akan didatangkan dalam bungkusan yang cukup elegan, dan boleh terus dinikmati tanpa perlu menggunakan pinggan tambahan. Sesuai dinikmati sebagai hidangan janji temu, makan malam bersama keluarga mahupun sajian hujung minggu yang menyelerakan.
Anda boleh memesan melalui WhatsApp (+6012 278 9239) atau penghantaran melalui AirAsia di sini.
Foto: EQ
Baca lebih lanjut: Redakan Kehangatan Dengan Nespresso Coconut Flavour over Ice Edisi Terhad
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
