Related Stories
Ini 5 Kedai Gubahan Bunga Untuk Raikan Orang Yang Tersayang
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup m...
Read Full BioRaikan orang tersayang dengan sejambak bunga indah daripada lima kedai gubahan pilihan GLAM yang menawarkan rekaan menarik dan servis penghantaran mudah.
Bunga sentiasa menjadi simbol kasih sayang yang paling klasik dan bermakna. Sama ada untuk meraikan ulang tahun, Hari Valentine, hari jadi atau sekadar ingin membuat kejutan manis, sejambak bunga mampu menyampaikan perasaan tanpa perlu banyak kata. Kini, dengan pelbagai pilihan kedai bunga moden secara dalam talian dan servis penghantaran pantas, meraikan insan tersayang menjadi lebih mudah dan praktikal.
1. BloomThis
BloomThis terkenal dengan gaya gubahan yang moden dan mewah. Pilihan mereka merangkumi bunga tangan, sejambak bunga, bunga dalam kotak dan set hadiah dengan tambahan coklat atau kad peribadi. Mereka juga menawarkan penghantaran pada hari yang sama di kawasan tertentu, sesuai untuk kejutan last-minute. Rekaan mereka minimal tetapi elegan, sesuai untuk pasangan atau orang yang tersayang.
2. Fleuri Flowers
Fleuri Flowers menawarkan gubahan bunga yang lebih klasik dan eksklusif. Mereka menggunakan bunga segar berkualiti tinggi dan memberi perhatian kepada setiap perincian. Sesuai untuk mereka yang mahukan sentuhan lebih sofistikated, sama ada untuk majlis ulangtahun, majlis rasmi atau hadiah istimewa.
3. Butterfly Florist
View this post on InstagramA post shared by Butterfly Florist 🦋 (@butterflyfloristpj)
See Also
Bunga Citra Lestari Buka Lembaran Hidup Baru
Berapa Nilai Cincin Pertunangan Lindsay Lohan?
Kempen Baru Gucci-An Ode To Stanley Kubrick
Mark Zuckerberg Berkongsi Khabar Gembira Bersama Pengikut Instagram
Gaun Kate Middleton Mengimbau Momen Karpet Merah Puteri Diana Di Tayangan James Bond 1985
Datin X: Wanita Simpanan Bawa Watak Isteri Pertama![]()
Butterfly Florist merupakan kedai bunga yang diasaskan oleh selebriti Daiyan Trisha dan bakal dibuka pada 14 Februari ini bersempena Hari Valentine. Menariknya, kedai ini turut menggabungkan konsep slow bar, mewujudkan suasana yang lebih santai dan intim untuk pelanggan memilih bunga sambil menikmati minuman.
4. Hari Sunday
Hari Sunday membawa pendekatan yang lebih santai dan ceria dalam gubahan bunga. Rekaan mereka sering tampil dengan kombinasi warna lembut dan moden, sesuai untuk hadiah “just because” atau meraikan momen kecil yang bermakna. Gayanya ringkas tetapi tetap menarik perhatian.
5. Flower Chimp
Dari ros merah klasik yang simbol cinta, jambangan bunga dengan kombinasi bunga musim segar, hingga pilihan bunga dalam kotak yang elegan. Setiap gubahan dipilih untuk menyampaikan emosi tertentu. Flower Chimp juga menawarkan templat warna dan gaya bunga yang memudahkan anda pilih sama ada anda mahukan sesuatu yang romantik atau menyampaikan emosi tertentu. Malah, mereka juga tawarkan gubahan bunga crochet!
Artikel Berkaitan: Swipe, Match, Move On? Cara Apps Dating Malaysia Mengubah Nilai Hubungan KitaAdvertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
