Related Stories
Kenali Young Mazino, Aktor Korea Tampan Dalam Siri Beef
Siri hit terbaharu, Beef berjaya meraih sambutan hangat daripada penonton di seluruh dunia dan diiktiraf sebagai salah satu drama terbaik Netflix.
Drama komedi 10 episod itu berkisar tentang pergaduhan antara dua individu yang membawa kepada tragedi balas dendam. Karya terbaik daripada pencipta siri itu, Lee Sung-jin dan lakonan mantap Ali Wong (Amy Lau) serta Steven Yeun (Danny Cho) telah menarik perhatian jutaan orang secara global. Malah Beef memperoleh seratus peratus skor penilaian daripada Rotten Tomatoes.

Foto: Netflix
Bagaimanapun terdapat satu kejutan yang mencuri perhatian ramai - Young Mazino. Dia diberi tanggungjawab menggalas watak Paul, adik kepada Steve Yeun dalam siri mini itu.
Siapakah bintang Korea berusia 31 tahun ini dan bagaimana dia mendaki tangga populariti menerusi Beef?
Tekad Berubah Selepas Menjadi Mangsa Buli
Pelakon itu mengakui sering dibuli ketika membesar disebabkan penampilannya yang nerda. Dia memakai cermin mata dan pendakap gigi, sentiasa menggayakan baju Hawaii dan sering menggalas beg violin. Justeru ibunya mendaftarkannya ke kelas sukan, dan hasilnya, dia kini memiliki susuk atletik.
Foto: Andrew Cooper/Netflix
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
