Related Stories
Home > Gaya Hidup > 5 Filem Fesyen Ikonik Sepanjang Zaman
5 Filem Fesyen Ikonik Sepanjang Zaman
Fesyen dan filem, merupakan dua elemen seni yang jika digabungkan, bakal menjadi satu adunan filem fesyen ikonik yang sempurna.
Gabungan daripada pengarah yang bijak menangkap keanggunan gaun yang bergerak dalam layar hingga pereka fesyen yang meninggalkan jejak mereka dalam dunia sinematik. Hubungan simbiotik ini telah menghasilkan beberapa momen paling tidak terlupakan dalam sejarah filem. Sama ada anda ingin menerokai industri fesyen melalui sudut yang berbeza, berminat untuk mempelajari kisah di sebalik saat-saat penting dalam sejarah fesyen, atau hanya ingin menikmati sedikit gaya. Hari ini, GLAM akan berkongsi 5 filem fesyen ikonik sepanjang zaman yang menjadi pilihan saya.
Filem fesyen ikonik ini dibintangi oleh Isla Fisher sebagai Rebecca Bloomwood, seorang wartawan yang obses dengan fesyen dan mempunyai tabiat membeli-belah yang tidak terkawal. Ini menyebabkan hutangnya semakin meningkat. Rebecca yang tinggal di kota New York bekerja sebagai penulis untuk sebuah majalah fesyen. Walaupun dia mempunyai minat yang mendalam terhadap fesyen, dia mendapati dirinya terjebak dalam hutang kad kredit yang besar akibat tabiat membeli-belahnya yang tidak dapat dikawal. Ketika dia mengharungi masalah kewangannya dan berusaha untuk mengawal perbelanjaannya, dia semakin tertarik kepada Luke, seorang pakar kewangan peribadi. Pembangunan karakter Rebecca boleh dilihat di dalam filem ini dari seorang yang obses kepada membeli-belah kepada seorang yang rasional.
Antara filem fesyen ikonik yang klasik ialah Clueless. Pakaian seperti gaun mini putih Calvin Klein dan set blazer dan skirt checkered berona kuning akan membawa anda ke Clueless secara automatik. Berlatar belakangkan Beverly Hills, filem ini mengikuti kehidupan Cher Horowitz, seorang pelajar sekolah menengah yang kaya, popular, dan bermurah hati. Alicia Silverstone membawa watak ikonik ini dengan sempurna hingga disayangi hingga hari ini. Salah satu elemen penting Clueless ialah fesyen yang berani dan ikonik. Pakaian Cher yang diperhalusi dengan teliti, bersama-sama dengan pengatur cara almari pakaiannya yang canggih. Filem ini memberi pengaruh besar terhadap gaya era itu, dengan skirt plaid, stokin hingga lutut, dan ensemble berwarna pastel.
Mendalami realiti sebenar bekerja di bawah syarikat majalah fesyen terbaik di dunia, The Devil Wears Prada ialah filem fesyen ikonik yang tepat. Seorang graduan kewartawanan yang diterima bekerja di majalah fesyen Runway terpaksa membiasakan dirinya dengan dunia fesyen yang keras. Meryl Streep memberikan lakonan yang mendebarkan dan dicalonkan untuk Oscar sebagai Miranda Priestly, ketua editor majalah Runway. Andy Sachs, lakonan Anne Hathaway yang pada mulanya tidak tahu tentang fesyen tetapi kemudian menceburi dunia penuh persaingan ini sebagai pembantu Miranda. Filem ini dipenuhi dengan dialog yang mudah diingati serta disokong oleh lakonan cemerlang Emily Blunt dan Stanley Tucci. Namun, satu soalan yang masih bermain di minda penonton filem ini. Siapakah antagonis dalam filem ini? Teman lelaki Andy atau Miranda?
Walaupun gambaran dunia fesyen oleh Disney agak melampau, ia juga ikonik. Filem ini menceritakan kisah asal-usul Cruella DeVil pada zaman mudanya, yang dilakonkan oleh Emma Stone. Dia merupakan penjahat bergaya dari filem 101 Dalmatians. Filem fesyen ikonik ini seolah-olah villain origin story buat Curella. Permulaannya sebagai pereka fesyen yang memberontak dengan menolak fesyen bunga-bungaan dan keghairahan gaya London era 1960-an dengan memperkenalkan sesuatu yang lebih gelap dan berbahaya. Cruella mempunyai banyak persamaan dengan tokoh dunia sebenar seperti Vivienne Westwood dan John Galliano. Walaupun kostumnya tidak bersejarah, kisah tentang ego dan keterlaluan dalam fesyen memang bersifat abadi. Filem
Filem fesyen ikonik yang terakhir berkisahkan tentang salah satu nama terbesar dalam dunia fesyen, Coco Chanel. Lakonan memukau Audrey Tautou sebagai Coco Chanel adalah pilihan yang tepat. Filem ini menggambarkan waktu awal Chanel sebagai seorang tukang jahit, sebelum dia menubuhkan jenama fesyen ikoniknya. Dengan bantuan sinematografi dan arahan seni yang elegan, momen gaya yang menakjubkan hasil sentuhan pereka kostum Perancis, Catherine Leterrier, yang memenangi Anugerah César untuk karyanya. Ini adalah salah satu filem fesyen yang jarang ditemui lebih-lebih lagi dengan mendalam, menawarkan pandangan yang menyentuh hati ke dalam dunia dalaman pereka fesyen berikut.
Pautan Berkaitan: Devil Wears Prada Akan Kembali, Jom Imbas Momen Ikonik Filem Fesyen Ini!
#1 Confession of a Shopaholic

#2 Clueless

#3 The Devil Wears Prada

#4 Cruella
Walaupun gambaran dunia fesyen oleh Disney agak melampau, ia juga ikonik. Filem ini menceritakan kisah asal-usul Cruella DeVil pada zaman mudanya, yang dilakonkan oleh Emma Stone. Dia merupakan penjahat bergaya dari filem 101 Dalmatians. Filem fesyen ikonik ini seolah-olah villain origin story buat Curella. Permulaannya sebagai pereka fesyen yang memberontak dengan menolak fesyen bunga-bungaan dan keghairahan gaya London era 1960-an dengan memperkenalkan sesuatu yang lebih gelap dan berbahaya. Cruella mempunyai banyak persamaan dengan tokoh dunia sebenar seperti Vivienne Westwood dan John Galliano. Walaupun kostumnya tidak bersejarah, kisah tentang ego dan keterlaluan dalam fesyen memang bersifat abadi. Filem
#5 Coco Before Chanel
Filem fesyen ikonik yang terakhir berkisahkan tentang salah satu nama terbesar dalam dunia fesyen, Coco Chanel. Lakonan memukau Audrey Tautou sebagai Coco Chanel adalah pilihan yang tepat. Filem ini menggambarkan waktu awal Chanel sebagai seorang tukang jahit, sebelum dia menubuhkan jenama fesyen ikoniknya. Dengan bantuan sinematografi dan arahan seni yang elegan, momen gaya yang menakjubkan hasil sentuhan pereka kostum Perancis, Catherine Leterrier, yang memenangi Anugerah César untuk karyanya. Ini adalah salah satu filem fesyen yang jarang ditemui lebih-lebih lagi dengan mendalam, menawarkan pandangan yang menyentuh hati ke dalam dunia dalaman pereka fesyen berikut.
Pautan Berkaitan: Devil Wears Prada Akan Kembali, Jom Imbas Momen Ikonik Filem Fesyen Ini!
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026