Sudah Lama Berumah Tangga? Ikuti 5 Cara Ini Untuk Mengekalkan Hubungan Bahagia
G-Dragon Dilantik Sebagai Professor Khas di KAIST, Korea
3 Fakta Menarik Tentang YM Dayang Anisha Rosnah binti Adam, Suri Hati Putera Mateen
Kekasih Baharu? Johnny Depp Dirakam Bersama Wanita Misteri Di Itali
Kenali Aktres Thailand Meningkat Naik & Digilai Ramai
Home > Gaya Hidup > Apa Yang Perlu Ditonton Sebelum Golden Globe 2021

Apa Yang Perlu Ditonton Sebelum Golden Globe 2021

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Musim anugerah sudah tiba! Tonton lima rancangan Netlflix ini sebelum berlangsungnya Anugerah Golden Globe 2021 yang akan diadakan pada 28 Februari (pagi 1 Mac waktu Malaysia) nanti.

Gergasi penstriman digital, Netflix mendominasi pencalonan Anugerah Golden Globe 2021 dengan 42 nominasi secara keseluruhan. Acara kali ini akan dipersembahkankan berbeza dari tahun-tahun sebelumnya kerana penularan pandemik Covid-19. Duo komedi, Tina Fey dan Amy Poehler akan kembali menggalas tanggungjawab sebagai hos, tetapi kedua-duanya akan berada di lokasi berbeza.  Tina Fey akan berada di New York manakala Amy Poehler akan bersiaran dari Beverly Hills, California. Siapakah yang akan memenangi trofi Golden Globes tahun ini? Jangan lupa untuk saksikan pada 28 Januari (pagi 1 Mac waktu Malaysia). Berikut adalah lima rancangan yang perlu anda tonton sebelum berlangsungnya Anugerah Golden Globe 2021 pada Isnin ini:

I Care A Lot

Filem ini memberikan impak yang luar biasa sejak dilancarkan di Netflix pada pertengahan bulan ini. Pelakon kelahiran United Kingdom, Rosamund Pike sekali lagi menonjolkan bakat lakonannya melalui watak Marla Grayson yang cukup kejam. Lantas selayaknya menerima pencalonan kategori Pelakon Wanita Komedi atau Muzikal Terbaik untuk anugerah tahun ini. Filem ini turut menampilkan lakonan hebat daripada Peter Dinklage, Eliza Gonzalez, Chris Messina dan Dianne Wiest. Pencalonan:
  1. Pelakon Wanita Terbaik – Komedi atau Muzikal (Rosamund Pike)
Baca lebih lanjut: Naomi Osaka: 5 Fakta Menarik Mengenai Juara Tenis & Fashion New IT Girl
Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse