Dunia Rekaan Rumah Ralph Lauren
Era Solo BlackPink: Ketahui Projek Solo Jennie, Lisa, Rosé dan Jisoo
6 Laluan Keretapi Eropah Paling Indah Untuk Menikmati Keajaiban Musim Sejuk
Scales of Fortune, Sajian Penuh Tuah Oleh W Hotel Kuala Lumpur
Uqasha Senrose & Puteri Aishah Hamil Cahaya Mata Sulung

Babak Paling Sukar Dijayakan Dalam The Queen’s Gambit, Menurut Anya Taylor-Joy

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dalam salah satu episod terakhir, Beth yang sedang berdepan dengan masalah ketagihan kembali ke sekolah tersebut untuk kejohanan catur pertamanya.

“Apabila Beth dalam keadaan bingung dan perlu hadir kerana telah mengecewakan perasaan orang lain, berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku sedangkan hakikatnya dirinya sedang ‘hancur’… Hari itu saya bangun tidur dan sebaik melangkah turun dari katil, saya terfikir, ‘Oh nampaknya hari ini merupakan hari yang sukar,’” katanya mengenai babak tersebut.

“Ia agak tricky, saya tahu ia babak yang sukar dilakonkan kerana perlu bermain dengan emosi. Namun saya bersyukur kerana kru penggambaran dan pelakon lain memberi sokongan tanpa henti.”

Lakonan Taylor-Joy yang meninggalkan kesan di hati ini boleh ditonton di Netflix bermula Oktober tahun lalu. Siri ini mempunyai tujuh episod dan mendapat pujian hebat daripada penonton mahupun para pengkritik.

https://youtu.be/CDrieqwSdgI

Foto: Ryan McGinley/Vanity Fair

Baca: The Crown, Nomadland Dan The Queen’s Gambit Kuasai Anugerah Critics Choice 2021

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse