fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Kecutkan Liang Pori
Good Girl Blush Eau de Parfum Pilihan Wanita GLAM
GLAM First: Eksklusif Bersama Jurusolek Jijie Zainal, Kongsi Rahsia Solekan Istimewa YAM Tengku Puteri Iman Afzan
Rahsia Good Hair Days Setiap Hari? Kenali Teknologi LvPro
Kérastase Genesis Rangkaian Terbaik Anti-Rambut Gugur

Black Barbie Membuktikan Black Is The New White

Seringkita lihat dimana-mana sahaja, produk-produk kecantikan yang diiklankan pasti akan ada faktor pemutihan untuk mereka yang mahukan kulit lebih cerah tetapi kenapa? Tidak cantikkah kalau berkulit gelap?

 

2017 sudah semakin dekat tetapi kita masih lagi mengaggungkan kecantikan eurocentric? Habis apa akan jadi kepada kecantikan asli orang-orang yang tidak mempunyai ciri-ciri kecantikan Eropah yang sering diketengahkan dalam media?

 

Baru-baru ini seorang gadis bernama Lolita dari Sudan memegun dunia Internet dengan kecantikannya. Dengan mata berbentuk kacang almond, bibirnya yang mungil, dan rambutnya yang ikal akaun Instagram Lolita menjadi topik sensasi dalam kalangan masyarakat global.

 

Satu faktor yang membuatkan Lolita menyerlah lagi adalah rona kulitnya yang ibarat baldu hitam dan berseri. Dengan jumlah pengikut Instagramnya sebanyak 180 ribu, mereka sentiasa mengalakkan Lolita untuk mengongsikan gambarnya serta tips-tips kecantikan untuk orang-orang berkulit gelap.

 

Embrace that melanin, girl!

Sumber: EH!

6 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse
6 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse