fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Suasana Gemerlap Chanel Métiers D’Art 2017
Stail Hamil Kate Middleton
10 Gaya Lelaki Pilihan GLAM di KLFW 2017!
Supermodel Heidi Klum Duta Terbaharu Buat Aigner
Senarai Pencalonan CFDA Awards 2017

Mademoiselle Privé Meraikan Legasi Chanel Bersama G-Dragon & Ramai Lagi

21 Jun yang lalu Chanel membuka tirai mereka di Korea Selatan dengan pameran istimewa Mademoiselle Privé di D Museum, Seoul. Pameran ini menceritakan asal usul setiap hasil karya Karl Lagerfeld untuk Chanel sepanjang dia memegang jawatan kreatif rumah fesyen Perancis ikonik ini.

 

Dengan sentuhan dinamik teknologi terkini, pameran ini turut menampilkan setiap proses kreatif Chanel dan juga rekaan ikonik jenama ini seperti Haute Couture visi Lagerfeld, wangian Chanel N°5, rangkaian High Jewellery yang juga menampilkan ‘Bijoux de Diamants’ yang direka oleh Gabrielle ‘Coco’ Chanel sendiri pada tahun 1932.

 
[envira-gallery id="67807"]

Pameran yang mengambil ruang sebanyak empat aras ini juga bertujuan untuk berkongsi ikon, kod, dan simbol Chanel yang diabadikan oleh Lagerfeld untuk memperingati Gabrielle Chanel.

 

Antara barisan A-List yang menghadiri pembukaan rasmi Mademoiselle Privé pada hari itu adalah duta-duta Chanel: G-Dragon, Caroline de Maigret, Rinko Kikuchi, SooJoo Park, dan Irene Kim.

 
[envira-gallery id="67806"]

6 of 21

Jung Eun-Chae

6 of 21

Jung Eun-Chae