Restoran Utara Di Armada Hotel, Serlah Ruang Dalaman Lebih Santai
Dikenali sebelum ini sebagai Utara Coffee House, selepas 22 tahun beroperasi pengubahsuaian rekaan hiasan dalam serta penjenamaan semula akhirnya menyerlahkan restoran Utara yang beroperasi di Hotel Armada berlokasi di Petaling Jaya. Melihat kepada ruang makannya, kini dilihat lebih luas, santai, selesa dan bercirikan family-dining.

Reka bentuk dalaman baru “Utara” menggunakan konkrit dan kayu sebagai bahan utama serta menggabungkan warna tembaga dan juga rose gold. Projek pengubahsuaian restoran ini diketuai Elizabeth Yap dari firma reka bentuk dalaman StudioN3m telah menambah dua penambahan pada restoran iaitu dapur terbuka di belakang restoran dan cafe-bar di depan. Pengunjung diberi peluang untuk melihat sendiri bagaimana makanan mereka disiapkan.
Walaupun Restoran Utara baru diubah suai dengan lengkap, restoran itu masih mengekalkan hidangan tandatangannya kepada pengunjung setia mereka. Antara hidangan tempatan yang luar biasa di Utara seperti Nasi Lemak Utara, Roti Durian, Kari Kepala Ikan, Daging Masak Asam Pedas, Siput Sedut Masak Cili Padi dan Ketam Masak Berlada.

Utara turut memperkenalkan menu barunya dengan menambah beberapa hidangan Vegan untuk memenuhi selera pengunjung Vegan. Di samping itu, menu Set Vegan yang istimewa juga disediakan untuk pesanan tetapi memerlukan tiga hari tempahan awal.
Restoran Utara di Hotel Armada Petaling Jaya boleh dihubungi di 603-7954 6888 untuk membuat tempahan atau e-mel kepada f&b@armada.com.my. Dibuka setiap hari dari jam 6.30 pagi hingga 12 tengah malam,
Teks: Fara Tarmizi / Olahan: Wan Mohd Firdaus
Artikel Berkaitan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Jam HydroConquest Edisi Terhad Buat Sukan Komanwel...
GLAM Weddings: Parissa Ardina Pilih Yang Timeless
GLAM Menjengah Ke Butik Cartier Oleh Cortina Watch
GLAM Weddings: El Rumi Sah Suami Buat Syifa Hadju
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
