Jada Pinkett Smith Akhirnya Berbicara Mengenai Insiden Oscar 2022
Kim Kardashian & Alex Rodriguez – Power Couple Hollywood Terbaru?
“Allah Tahu Apa Terbaik Untuk Kita” – Perkongsian Mizz Nina Mengundang Sebak
Sofistikated, Lagi Tersendiri
6 Panduan Terbaik Berjimat Untuk Seorang Fashionista
Home > Gaya Hidup > 3 Fakta Menarik Tentang YM Dayang Anisha Rosnah binti Adam, Suri Hati Putera Mateen

3 Fakta Menarik Tentang YM Dayang Anisha Rosnah binti Adam, Suri Hati Putera Mateen

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Pasti ramai yang sudah tahu kisah hubungan Putera Mateen bersama cinta hatinya, YM Dayang Anisha Rosnah. Sama cantik, sama padan, jom kenali 3 fakta menarik tentang wanita anggun ini.

Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah dan YM Dayang Anisha Rosnah, semenjak keakraban merpati dua sejoli ini mula dipertontonkan pada khalayak ramai, banyak mulut mula bersuara. Pelbagai ragam peminat di Internet, ada yang luah rasa patah hati dan ada juga yang menyokong dengan seikhlas hati. Bukan sahaja menjadi bualan di Malaysia, malah di Indonesia! Begitu sekali penangan Putera Sultan Brunei Darussalam Hassanal Bolkiah, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen yang menjadi kegilaan ramai ini. Namun, kami tertarik dengan wanita ini yang berjaya memikat hati Putera Brunei kesayangan ramai.

3 Fakta Menarik Tentang YM Dayang Anisha Rosnah

#1 Abang kepada YM Dayang Anisha Rosnah, sahabat baik kepada Putera Mateen

Abang Anisha iaitu Danial Deen Isa Kalebic,  merupakan sahabat baik kepada Putera Mateen. Mereka berdua sering bermain bola sepak bersama dan berkongsi hobi yang sama. Malah, mereka sering dilihat bergambar bersama bukan sahaja berdua tetapi bersama Anisha dan isteri Danial, Janetira Attaskulchai. Anisha Isa-Kalebic

Gambar: Instagram @danialik

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse