Related Stories
Siapa Aristokrat Peregrine Pearson, Kekasih Baru Sophie Turner?
Sophie Turner nampaknya telah pun memulakan hidup baru selepas berpisah dengan suaminya, Joe Jonas. Pasangan itu kini dalam proses bercerai.
Baru-baru ini Sophie dirakam berkucup mesra dengan seorang bangsawan Britain, Peregrine Pearson di Paris. Walaupun memakai topi dan cermin mata hitam, aktres itu tidak berjaya menyembunyikan identitinya.

Foto: The Sun
Beberapa jam kemudian, keduanya dirakam menghadiri perlawanan Akhir Piala Dunia Ragbi antara New Zealand dan Afrika Selatan di Stade de France. Malah Sophie turut serta dalam majlis penyampaian trofi.
Jadi siapa sebenarnya jejaka yang berjaya mencuri hati Sophie Turner?
Latar Belakang Keluarga
Peregrine Pearson atau nama sebenarnya Hon Peregrine John Dickinson Pearson merupakan warga Britain. Dia berasal dari keluarga berada dan merupakan pewaris Cowdray Estate di West Sussex.
Keluarganya mempunyai sejarah panjang dalam perniagaan penerbitan dan pendidikan yang diwarisi daripada moyangnya, Samuel Pearson. Syarikat Pearson plc ditubuhkan pada 1800-an di London dan pernah menjadi syarikat pendidikan dan penerbit buku terbesar di dunia.
Pada masa sekarang, keluarganya menceburi pelbagai sektor perniagaan.
Ibu Bapa Peregrine Pearson
Bapa aristokrat berusia 29 tahun ini adalah Michael Orlando Weetman Pearson atau lebih dikenali sebagai Michael Pearson, Viscount Cowdray Ke-4. Ibunya pula Marina Rose Cordle, anak perempuan ahli politik John Cordle. Pasangan ini bercerai Ogos lalu selepas 36 tahun mendirikan rumah tangga.

Pada akhir 60-an, Michael bekerja dalam industri perfileman dan menghasilkan filem seperti Sympathy for the Devil dan Vanishing Point. Kemudian pada 1955, dia mewarisi ladang Cowdray Park seluas 20,000 ekar di West Sussex yang diperolehi datuknya pada 1909.
Ia kini menempatkan Polo Club serta beberapa perniagaan lain termasuk ladang, kafe, kelab golf, kotej dan sebagainya.
Adik-Beradiknya
Michael Pearson mempunyai seorang anak lelaki bernama Sebastian yang dilahirkan pada 1970, hasil perhubungan dengan teman wanitanya. Bagaimanapun Sebastian tidak dianggap pewaris sah kerana merupakan anak luar nikah.
Menerusi perkahwinan dengan Marina Rose Cordle, dia dikurniakan lima anak iaitu Eliza, 35, Emily, 34, Catrina, 32 dan Montague, 26.
Peregrine merupakan anak keempat. Sebagai anak lelaki sulung, dia akan mewarisi gelaran bapanya pada masa hadapan, Viscount Cowdray Ke-5.
Bekas Teman Wanita
Peregrine dan Puteri Maria-Olympia dari Greece dan Denmark, yang juga anak baptis Raja Charles, menjalin hubungan cinta pada 2020. Puteri Maria-Olympia sering berkongsi gambar mereka bersama di Instagram.

Foto: Getty Images
Bagaimanapun peminat menyedari ketiadaan Peregrine di majlis hari jadi puteri berusia 27 tahun itu pada Julai 2023. Dua bulan kemudian, Daily Mail melaporkan mereka telah berpisah secara rasmi.
Nama Sophie Turner disebut-sebut sebagai teman wanita barunya selepas aksi mereka berkucup mesra dirakam paparazi bulan lalu.
Hubungan Dengan Kerabat Diraja
Keluarga Peregrine mempunyai hubungan persaudaraan dengan Kerabat Britain dari zaman Ratu Mary. Nenek Peregrine, Lady Anne Pamela merupakan sepupu Puteri Alice, Duchess of Gloucester. Puteri Alice merupakan isteri Putera Henry, anak kepada Raja George V dan Ratu Mary.
Pekerjaan Terkini
Selepas menggenggam ijazah perniagaan, pengurusan dan pemasaran daripada University of West London, Peregrine memulakan kerjaya sebagai pengarah di Cowdray Estate pada 2016.
Tiga tahun kemudian, dia menjadi pengasas bersama Weetman, syarikat pelaburan dan pembangunan hartanah yang beroperasi di Tenggara England. Dia juga merupakan duta Le Chameau, jenama but buatan tangan.

Foto: Instagram
Nilai Kekayaan Keluarga Pearson
Menurut The Sun, kekayaan keluarganya dianggarkan berjumlah RM1.32 bilion. Peregrine memiliki sebuah rumah di Chelsea bernilai lebih RM29 juta. Dia dilaporkan mempunyai beberapa lagi aset, bagaimanapun butirannya dirahsiakan daripada orang ramai.
Foto: The Cut
Baca: Kenali Duke of Westminster Hugh Grosvenor, Milenial Terkaya Di UK
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
