Anak Dijangkiti Covid-19, Mira Filzah Berkongsi Perasaan & Pengalaman
Pendelela Rinong Dikurnia Gelaran Datuk
Cara-Cara Menghangatkan Hubungan Intim Anda Bersama Si Dia
Sekitar Persiapan Perkahwinan Putera Mahkota Jordan, Al Hussein
Anak Perempuan Brooke Shields Gayakan Gaun Perkahwinannya Sempena Konvokesyen
Home > GLAM Plus > GLAM Weddings > 7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda

7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda

Dalam setiap perkahwinan, pilihan lagu romantis untuk bridal entrance menjadi elemen utama yang menghidupkan suasana, menjadikan setiap langkah menuju pelamin terasa lebih bermakna dan penuh emosi.  Jika anda bakal berkahwin pada waktu terdekat, pasti detik melangkah masuk ke dalam dewan terasa mendebarkan. Ia kekal menjadi detik kemuncak dinantikan para tetamu. Saat melangkah menuju pelamin, setiap gerak seolah-olah disulam emosi, terutamanya apabila diiringi lagu romantis yang tepat. Alunan muzik menjadi pelengkap dan nadi yang menghidupkan suasana sekaligus mencipta rasa intim yang mendalam. Sama ada cenderung kepada irama klasik yang elegan atau sentuhan moden yang lebih segar, pilihan lagu mampu menentukan keseluruhan suasana. GLAM menyenaraikan 7 lagu romantis yang boleh menjadikan detik bridal entrance anda terasa lebih indah!

Ini 7 Lagu Romantis Untuk Momen Pertama Perkahwinan Anda!

1. Umpan Jinak Di Air Tenang oleh Dayang Nurfaizah

“Umpan Jinak Di Air Tenang” nyanyian Dayang Nurfaizah memancarkan keindahan cinta yang lembut namun mendalam. Membawa alunan klasik, lagu ini membawa nuansa romantis yang cukup menyentuh jiwa. Mencipta suasana anggun dan sofistikated, ia seolah mengiringi langkah anda sebagai pengantin dengan kisah cinta yang penuh makna.

2. Malam Bulan Di Pagar Bintang oleh Allahyarham Tan Sri P Ramlee

Dibawakan Tan Sri P. Ramlee, ia merupakan karya klasik yang sarat dengan keindahan puitis dan romantika zaman lalu. Dengan melodi yang lembut, lagu ini membawa nuansa nostalgia yang abadi. Sesuai buat bakal pengantin yang menggemari alunan lagu lama. 

3. Cinta Sesungguhnya oleh Marsha Milan dan Sabhi Saddi

Sebuah balada duet yang sarat kejujuran emosi, lagu ini mengangkat erti cinta yang tulus dan tidak berbelah bahagi. Dendangan vokal mereka yang lembut namun penuh jiwa seakan merangkum perjalanan cinta yang akhirnya bertemu titik sempurna. 

4. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain

“Sedetik Lebih” nyanyian Anuar Zain merupakan balada romantis yang sarat dengan emosi. Dengan melodi yang menyentuh jiwa serta lirik yang puitis, lagu ini membangkitkan rasa rindu, harapan dan keindahan mencintai. 

5. Menamakanmu Cinta oleh Dato Siti Nurhaliza ft. Ade Govinda

Gabungan vokal yang anggun dan melodi yang mengalun tenang mencipta suasana hangat sewaktu melangkah masuk ke dalam dewan. Lagu ini menyuntik aura penuh emosi dan keindahan yang menjadikan detik melangkah ke pelamin terasa lebih intim dan tulus.

6. Daylight oleh Taylor Swift

Sebuah balada romantis yang penuh kehangatan, ia menggambarkan cinta yang akhirnya menemukan cahaya setelah melalui kegelapan. Lagu ini mengiringi setiap langkah anda bersama rasa tenang dan penuh harapan. “Daylight” seolah-olah menggambarkan anda dan pasangan sedang melangkah ke fasa baharu kehidupan.

7. Young and Beautiful oleh Lana Del Rey

Sering menjadi pilihan Gen Z untuk majlis perkahwinan, irama nyanyian Lana Del Rey ini sarat dengan emosi, keabadian dan ketakutan akan kehilangan keindahan masa. Dengan vokal yang beralun lembut serta susunan muzik yang elegan, lagu ini memberikan sentuhan yang sedikit melankolik namun kekal mempesona.  Artikel berkaitan: Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sarat Makna!