fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Sharifah Amani Hamil Cahaya Mata Sulung
10 Filem Terhebat Lakonan Natalie Portman
Gaun Kate Middleton Mengimbau Momen Karpet Merah Puteri Diana Di Tayangan James Bond 1985
Mercedes-Benz A-Class Sedan, Mewah Pemasangan Dalam Negara
“Pengakhiran Impian Saya” – Gisele Bundchen Akhirnya Dedah Punca Perceraian

Rakan Selebriti Ratapi Pemergian Angus Cloud Dengan Mesej Menyentuh Hati

Industri hiburan Hollywood dikejutkan dengan berita kematian aktor Angus Cloud pada usia begitu muda, 25 tahun.

Pelakon yang terkenal dengan peranannya sebagai Fezco O’Neill dalam siri Euphoria itu meninggal dunia di kediaman keluarganya di California, Amerika Syarikat. Ahli keluarganya mengesahkan khabar duka itu menerusi satu kenyataan rasmi dua hari lalu.

“Dengan berat hati kami terpaksa mengucapkan selamat jalan kepada insan luar biasa hari ini. Sebagai seorang artis, rakan, abang dan anak lelaki, Angus amat istimewa buat kami semua dalam pelbagai cara. Minggu lalu dia mengucapkan selamat tinggal kepada bapanya dan bergelut dengan kehilangan ini. Angus kini bersatu semula dengan bapanya, yang juga rakan baiknya.”

Angus Cloud dilaporkan sukar menerima hakikat kematian bapanya dan ini mengganggu kesihatan mentalnya. Bagaimanapun punca sebenar pemergian pelakon ini masih belum didedahkan. Kehilangannya mengundang duka di hati bintang Hollywood terutama kru dan pelakon siri popular Euphoria.

Ini antara rakan selebriti Hollywood yang meratapi pemergian Angus Cloud

6 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse
6 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse