Libur – Debut Asia One & Only Desaru Coast
Rangkaian hospitaliti termewah, One & Only memperluaskan porftfolio menerusi pembukaan resort pertamanya di Asia, One & Only Desaru Coast.
Lapangan tanah seluas 128 ekar dihuni kehidupan flora dan fauna liar, persisir pantai memutih didedikasikan buat 42 suite Junior, dua suite Grand Suites dua kamar beradu dan Villa One berkeluasan 1, 500 meter persegi dengan empat kamar beradu yang mana setiap satu mempunyai kolam renang peribadi dan ruang tamu dalaman dan luaran.
Kerry Hill Architect menggalas tanggungjawab mereka bentuk keseluruhan resort bercirikan kehidupan dan warisan sejagat lokal. One & Only Spa oleh Chenot menawarkan rawatan secara saintifik dan holistik yang revolusioner terhadap kesihatan dan kesejahteraan tubuh. Restoran dan bar resort menyajikan makanan laut segar hasil tempatan dan menu lain bertaraf dunia.
Sama seperti koleksi One & Only yang memberi penekanan terhadap privasi, resort di Desaru Coast ini turut menjadi destinasi pencinta sukan golf dengan lapangan golf mewah, The Els Club Desaru Coast yang terletak berdekatan.
Slide untuk lihat gambar.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Aksesori Musim Bunga/Panas 2026 Pilihan GLAM!
May 15, 2026
Burberry Raikan Musim Panas Riviera Di Hôtel Belles Rives
May 15, 2026
Sofea Shra Bertemu Huda Kattan Di London!
May 15, 2026
GLAM Kongsi Jam Perlu Miliki Buat Peminat Horologi
May 15, 2026
7 Haruman Floral-Woody Yang Menggoda Pasangan
May 15, 2026
Sinergi Muzik Aizat Amdan, Sekumpulan Orang Gila Dan Yuna
May 15, 2026
Tarung: Unforgiven Beri Drama Maruah & Dendam
May 14, 2026

